Raudzah's FotoPage

By: Raudzah Arippin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Thursday, 8-Mar-2007 07:53 Email | Share | | Bookmark
Berkawan-kawan

 



gambar 2 bulan lepas ni. kat luar homestay di jengka ni selalu burung duduk bertenggek atas wayar2 elektrik. kalau ada dslr mesti bleh zoom cantek..hehehe.


Thursday, 8-Mar-2007 02:00 Email | Share | | Bookmark
Dahan dan Ranting



*gambar2 lain dalam siri dahan dan ranting ini boleh dilihat di http://www.flickr.com/photos/iraudzah1

kepuasan mengambil gambar mempunyai nikmat yang tersendiri. saya benar-benar mengakui akan hal ini.

ada beberapa rakan yang mengatakan kepada saya. 'uda, tak mahukah beli dslr pula?"

ya, saya mmg ada berangan-angan *hingga termimpi-mimpi* untuk membeli dslr. tapi belum masanya lagi. saya masih mahu berusaha mendapatkan gambar-gambar yang cantik dan berkualiti dengan kamera yang satu ini. masih banyak perkara yang perlu di'explore' lagi.

pada saya gambar yang cantik dan gambar yang berkualiti mempunyai perbezaannya. bezanya gambar yang cantik hanya akan nampak pada mata kasar. manakala gambar yang berkualiti hanya mampu dinilai oleh mereka yang mempunyai ilmu dan kepandaian serta kepakaran dalam bidang fotografi.

saya masih sangat jahil dalam hal tersebut. akan tetapi saya percaya proses pembelajaran tidak terbatas pada sesiapa pun. jika ada kemahuan, apa saja boleh diusahakan.

mempelajari sesuatu yang kamu suka dan minat akan menjadi lebih menarik jika mempunyai kawan-kawan yang sedia membantu dan berkongsi ilmu.


gambar-gambar di atas diambil institut perguruan tengku ampuan afzan, kuala lipis. hanya satu pokok yang menjadi subjek di sini. cuma masa dan cuaca berbeza. saya menunggu waktu langit yang membiru dan awan yang memutih untuk menjadi latar dahan2 dan ranting2 ini, tapi hajat tak kesampaian. cuaca mendung waktu pagi dan panas terlalu terik waktu tengahari hingga ke petang. jadi, inilah hasilnya.

*saya tak panjat pokok ni!



terima kasih kerana menjenguk ke mari.


Saturday, 3-Mar-2007 02:30 Email | Share | | Bookmark
Kala Mekar

 
 
 


Nama bunga ini tidak diketahui. Ada sesiapa yang tahu?
Lokasi gambar, di belakang rumah emak di Kg Serkam Pantai, Melaka.


Thursday, 22-Feb-2007 15:36 Email | Share | | Bookmark
Kala Senja

 


Friday, 16-Feb-2007 05:38 Email | Share | | Bookmark
Getah



Gambar ini diambil semalam (15 Februari 2007) di kebun getah Kg. Luit, Maran.


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net