Raudzah's FotoPage

By: Raudzah Arippin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 20-Oct-2007 03:07 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidilfitri buat semua...

Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan. Maaf Zahir Batin dari uDA, iDZ, aNeeM & nAjLa.
Masih dalam mode raya tak sempat nak update banyak-banyak hehehe.



more can be read here

my official blog : http://www.tintacreative.com/blog


Monday, 1-Oct-2007 04:18 Email | Share | | Bookmark
Matahari Terbit @ Teluk Cempedak, Kuantan

22 September lepas, kami (photog Kuantan dan FMDC) ada buat outing, shoot matahari terbit di Teluk Cempedak. Selepas subuh, kami semua bergegas ke TC. Pemandangan waktu pagi sangat indah, terutama ketika menyaksikan 'magic hour', langit kemerah-merahan, dan saat matahari keluar dari persembunyian, itulah saat yang paling indah saya saksikan. Sungguh menakjubkan!



Gambar 1: Matahari masih belum muncul. Langit kelabu+kemerah-merahan. Sangat tenang dan indah. (WB - auto)
Gambar 2: Matahari baru terbit. Walaupun kami mengharapkan matahari akan keluar dari garisan horizon, pagi itu tak ada rezeki kerana ada awan2 yang melindung matahari. Tapi masih cantik! . Note: saya tak reti sgt setting ni, belasah je ekekeke. Patutnya guna aperture kecil skit lagi utk dapat bentuk bulat matahari yang lebih cantik. WB - Tungsten
Gambar 3: Matahari semakin tinggi



Matahari dilindung awan pagi



Masa ini matahari sudah pun memancarkan sinarnya ke bumi. Air laut menjadi keemas-emasan. Huhuhu...sungguh takjub melihatnya. Gambar kanan tu saya preset WB. Eh, best jugak kan kaler dia jadi gitu. hehehe..

..................................................................................................................................................................

Untuk pertanyaan atau sebutharga :

TintaCreativePhotography
Tel : 6 09 5362123
HP : 6 019 3002092
Emel : tintacreative@gmail.com
YM : iraudzah


Thursday, 20-Sep-2007 09:43 Email | Share | | Bookmark
Simple Food Photography Workshop



Hari minggu yang lepas saya menghadiri satu bengkel fotografi - Simple Food Photography Workshop di Cafe SideHill Corner, UK Perdana. Inilah pertama kali saya sertai bengkel fotografi, dan ianya sangat menyeronokkan!

Walaupun kami shoot makanan sedap-sedap masa puasa, itu sedikit pun tidak melemahkan semangat peserta untuk mendapatkan shot2 terbaik dan belajar teknik2 yang betul dari cikgu2.

Terima kasih untuk penganjur, saudara Azhar Ariff dan Hatizal dari Fotomomo. Pengalaman ini sangat berharga.

Gambar 1 : Mushroom Soup.
Contoh full shot dengan latar putih (white tent), kena ambil angle lebih kurang 45% dari surface meja.
Gambar 2 : Green Garden Salad.
Contoh tight cropping & shallow depth of field (DOF). f2.8
Gambar 3 : Chinese Fried Rice
Gambar 4 : Japanese Udon

Contoh gambar untuk editorial purposes. Ada yang tanya kenapa ada space putih banyak, kenapa crop gambar separuh2. Jadi, itulah jawapannya, untuk tujuan editorial.
Gambar 5 : Juice (macam2 hehe)
Ini main tembak je, dah nak tutup kelas. Air pun dah tak lawa pasal juice tu semua dah berkumpul kat surface hihihi.
Gambar 6 : Chicken Wings (alamak, ayam kurus la pulaks~ ekekek)

Sori ek post gambar makanan masa bulan puasa ni. huhuhu~ ada lagi ni..tungguuuu~



Okay, ni lagi. Grilled Fish & Nachos! Nyumm..nyummmm...

Untuk gambar Grilled Fish ini, menggunakan teknik 'deeper DOF' ( f18 ), jadi semuanya mesti kelihatan sharp, tekstur makanan boleh dilihat dengan jelas. Berlainan dengan gambar Nachos tu, teknik 'shallow DOF' ( itu guna f2.8 ) digunakan untuk dapatkan hasil yang lebih artistik sikit. Cuma kena hati-hati untuk dapatkan titik fokus yang berkesan. Semua ni shoot dengan 50mm. Tapi lighting memainkan peranan yang amat penting~ hohoho. *first time tengok lighting set up macam itew. daku teruja~ daku teruja~ hihihi *

........................................................................................................................................................

Oh ya, sebelum tu saya nak war-warkan, saya dah buka satu fotopages baru, TintaCreativePhotography (http://tintacreative.fotopages.com), khusus untuk gambar-gambar rasmi yang saya ambil untuk tugasan fotografi seperti gambar-gambar perkahwinan dan sebagainya. (amaran: gambar baru sikit tau, hihih)

Jadi sekarang saya dah bersedia nak terima tugasan sebagai fotografer! tak kira la, untuk bayi, kanak-kanak, keluarga, gambar perkahwinan, majlis2 keraian atau sebagainya. Ah, gambar makanan pun boleh! . Jadi sila berkunjung ke http://tintacreative.fotopages.com. (Laman Web penuh sedang dalam pembikinan).

Untuk pertanyaan atau sebutharga :

TintaCreativePhotography
Tel : 6 09 5362123
HP : 6 019 3002092
Emel : tintacreative@gmail.com
YM : iraudzah


Sunday, 9-Sep-2007 11:18 Email | Share | | Bookmark
Konvoi Berbasikal - Sambutan Kemerdekaan SK Sg Soi, Kuantan



Semalam saya dijemput merakamkan acara sambutan kemerdekaan SK Sg Soi, Kuantan, Pahang. Acara sambutan ini sangat menarik di mana sebahagian pelajar sekolah ini menyertai konvoi berbasikal beramai-ramai bermula jam 8.30 pagi, dari sekolah menuju ke Pantai Sepat, lebih kurang 2 km dari sekolah.



Sebanyak 4 kumpulan beruniform yang terlibat, iaitu kumpulan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Puteri Islam dan TKRS (Tunas Kadet Remaja Sekolah). Lebih kurang 35 guru yang terlibat sangat komited memastikan program berjalan lancar serta keselamatan para pelajar ketika menunggang basikal beramai-ramai di jalan raya.



Di Pantai Sepat, para pelajar dikehendaki melakukan aktiviti berkumpulan, iaitu membuat kolaj jalur gemilang menggunakan unsur-unsur alam sekitar seperti ranting pokok, cengkerang, dan sebagainya.

Kesimpulannya, hari yang sangat meriah, penuh semangat patriotik dan riang dengan karenah adik-adik sekolah!


Saturday, 8-Sep-2007 10:31 Email | Share | | Bookmark
Sambutan Kemerdekaan

 
 
 
View all 6 photos...


Minta maaf kerana lambat kemaskini gambar-gambar baru. Pada 31 Ogos lepas, hari sambutan kemerdekaan, saya dan beberapa orang fotografer dari kuantan seperti dR ali, Dr Jamal, kapten, aiman, shas, yol, ayda dan farooq telah berkumpul beramai-ramai untuk merakamkan suasana sambutan hari merdeka di bandar Kuantan.

Inilah pertama kali pergi sambutan merdeka. Rasanya kali terakhir pergi tengok di Bandar Hilir Melaka masa umur 6 ke 7 tahun kot. Tak ingat dah...tapi masa kecik lagilah. Huhu~

Meriah jugak sambutan di Kuantan, walaupun tak sebesar sambutan di ibu negara. Dalam banyak-banyak perarakan, yang paling best masa tengok komando-komando buat aksi-aksi ganas ala komando dengan pisau terhunus, muka berconteng~ huhu. Gerun pasal dapat port betul2 depan muka diorang tu. Tapi selepas aksi-aksi ala komando tu, tiba-tiba keluar lagu joget pulak! . Joget ala ganas namanya hihih.

Tak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke 50 utk semua rakyat Malaysia. Sejarah adalah penting untuk kita jadikan iktibar dan panduan serta mengenal akar umbi. Tetapi yang lebih penting bagaimana kita mahu isikan kemerdekaan ini supaya minda kita tidak lagi dijajah oleh orang-orang asing.

Bye~


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net