Raudzah's FotoPage

By: Raudzah Arippin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 28-Aug-2007 03:37 Email | Share | | Bookmark
Selamat HariJadi, Tasneem & Najla



21 Ogos dan 24 Ogos ialah harijadi Tasneem dan Najla. Hari Jumaat lepas buat makan-makan sikit kat rumah tokwan diorang (dan Makde kat Aberdeen nuu) yg sambut harijadi bulan Ogos juga.

T&N biasa la...kalau sebut pasal birthday memang diorang teruja semacam. Pasal selalu tengok dalam kartun kot budak-budak seronok nyanyi happy birthday tu. Bila sebut nak buat birthday dia, mula la seronok semacam dua-dua tu. Tau plak kalau birthday mesti ada hadiah dan kek kan. ekeke... bab hadiah tu lagi la...hari-hari kat rumah dok balut mainan dia konon-konon kasi hadiah kat ibu atau abah. Saja je bagi hint, macam la ibu taktau. hihi...

Tak ada kawan-kawan sebaya yang nak dijemput. Nanti dah sekolah kita jemput kawan-kawan, ok anak-anak?

Gambar-gambar oleh ibu dan abah T&N.


Monday, 27-Aug-2007 23:35 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan - Idham & Najmina



(Gambar-gambar tertunggak lagi...fotopages ni la buat hal haritu takleh update kan)

Majlis perkahwinan Idham & Najmina, 18 ogos 2007 di Kuantan.

Ini adalah tugasan rasmi saya yang pertama untuk majlis perkahwinan. Terima kasih pada Najmi dan Idham yang beri peluang pada saya merakamkan hari bersejarah mereka walaupun saya 'budak (read:mak budak, ahaks) baru belajar' dalam bidang ni.



Masih terlalu banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Yang penting perlu belajar dari kesilapan dan jangan mudah berpuas hati. *baru tahu betapa penatnya tembak gambo orang kawin~ huhu!*

Rasa macam tak sesuai nak letak gambar2 kawin kat sini kan? hehe.. tunggu ya, nanti saya letak dalam satu laman khusus untuk kerja-kerja fotografi.


Monday, 27-Aug-2007 07:13 Email | Share | | Bookmark
Ayah & Yusof



Ini gambo tertunggak. client zubye, saya hanya tumpang menembak. hehe.

Yusof dan ayahnya, sempena Hari Bapa.



Wednesday, 15-Aug-2007 14:28 Email | Share | | Bookmark
Selepas 12 Tahun



Sabtu lepas kami hadir ke majlis perjumpaan (reunion) kawan-kawan sekelas hubby di Souq Putrajaya. Walaupun tak ramai yang dapat hadir, perjumpaan pertama selepas 12 tahun ini berlansung dengan meriah dan mesra walaupun lama tak jumpa semuanya.

Bila la nak buat reunion jugak ni...huhu


Friday, 3-Aug-2007 16:31 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan Bandar Kuantan..




Siang tadi ronda-ronda kejap kat Jln Mahkota, Kuantan


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net