Raudzah's FotoPage

By: Raudzah Arippin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 31-Jul-2007 07:49 Email | Share | | Bookmark
Tasneem & Najla @ Ariana's Birthday Party!



Petang Ahad baru-baru ini kami sekeluarga mendapat jemputan ke majlis hari jadi Ariana. Terima kasih buat Shikin dan keluarga yang sudi mengundang kami. Majlis petang itu sangat meriah! Tasneem dan Najla sangat teruja kerana inilah pertama kali mereka hadir ke majlis harijadi yang sangat meriah dan ramai sekali tetamunya. Tema hari itu ialah Barney! Tapi ibu tak sempat nak cari baju ikut tema ungu, kuning atau hijau tu. Yang penting anak-anak semuanya gembira, ibu pun tumpang menembak sama..hihihi. OP pada haritu ialah Zubye, ibu T&N dapat la jawatan pembantu OP secara rasmi hihihi.


Wednesday, 25-Jul-2007 17:28 Email | Share | | Bookmark
Di Tepi Pantai Nan Indah...



2-3 hari ni cuaca tidak begitu panas. Hujan turun tak begitu kerap, tapi cuaca pada waktu siang redup dan mendung selalu. Rasanya dengan cuaca seperti ini ramai yang mengambil peluang bersantai-santai dengan aktiviti luar.

Petang tadi kami sekeluarga pun mengambil peluang ini ke Taman Gelora lagi. Pantai di sini tak begitu ramai orang seperti di Teluk Chempedak. Kami ingat nak main layang-layang, tapi angin tak kuat. Jadi T&N layan pasir aje. Abah dengan MakNgah pun main pasir sama. Ibu sibuk menembak di sana sini. Hehe..


Thursday, 19-Jul-2007 07:59 Email | Share | | Bookmark
tasneem & najla lagi..



*sori cikwa, lupa nak jawab tag. hehe..

What or How or Why you gave the Name(s) to your Kid(s)

Kami tidak la pulun sangat cari nama anak. Cuma saya cerewet sikit sebab saya suka nama anak yang ada lebih bunyi arab, nama yang unik, dan tak ramai orang namakan anak dengan nama tu. (masa tu ramai sgt dah nama Batrisyia, Balqis..etc). Saya suka nama2 arab yang klasik atau yg unik2 skit. Tapi byk proposal saya ditolak oleh hubby. hihihi..

Nama Tasneem ni memang dah simpan sejak sebelum kawin. Asalnya tu nama nickname kat IRC ex-room mate masa kat UPM dulu. Punya la berkenan kat nickname member tu, siap bagi kat anak ehehe. Makna Tasneem ialah mata air dalam syurga. Ada disebut dalam surah AlMuthaffifin ayat 27 (Kalau tak salah!). Ada kaitan la dengan nama mak dia yang bermaksud taman syurga. hehe..Dah ada Tasneem, so kita cari padanan yang sesuai ajelah. Alieya bermaksud kedudukan yang tinggi. Ejaan Alieya itu dibuat oleh abahnya. Asalkan ada makna yang baik untuk anak-anak, maka anak sulung kami diberi nama Alieya Tasneem.

Nama Najla tu saya dpt idea dari satu laman web nama2 muslim. Sebutannya ringkas dan tak ramai anak2 yang ada nama Najla. Najla maksudnya mata yang cantik. Tapi masa dia lahir semua cakap, "alaa...sepetnye budak ni. Kakak dia elok pulak besor matanya!". sabo je la....

Padanannya, Nafeesa tu curi nama anak Wardina, Amna Nafisa tu. hihihi. cuma tukar eja sikit supaya ada double E macam Tasneem. Maksud Nafeesa, yang amat bernilai. Najla sekarang kalo sebut nama dia, "nama adik, Ajela Pica binti Juan.." ekeke...

Ok, itu je..taktau nak tag sapa-sapa.


Saturday, 14-Jul-2007 03:13 Email | Share | | Bookmark
Hitam Putih Kehidupan



kadang-kadang gambar-gambar yang harapkan menjadi, tak menjadi seperti yang diharapkan. begitulah yang terjadi pada gambar-gambar di atas ni. saya suka subjek yang saya dapat, cumanya disebabkan kelemahan penggunaan kamera, gambar tak begitu menjadi.

saya convert gambar2 ini kepada b&w menggunakan photoshop.

belajar-proses yang tidak akan berhenti. teruskan!


Sunday, 8-Jul-2007 07:56 Email | Share | | Bookmark
Majlis Akad Nikah - Azuddin&Herny

 
 
Sambungan..

Sambungan kolaj gambar-gambar perkahwinan Azuddin & Herny.



Kalau di Melaka, masih ramai pengantin yang mengekalkan tradisi bersanding turun temurun iaitu acara persalinan di mana pengantin perempuan akan menggayakan bermacam-macam jenis pakaian tradisi. Pengantin perempuan je, pengantin lelaki tak. hehe. Tapi disebabkan pegantin lelaki lambat pulak sampainya (dah sampai, kena nego harga tol nak naik pelamin pulak..hihih), dan saya pun tengah rushing nak ke PD, maka dapat snap gambar diorang bersanding sikit aje. Majlis potong kek pun tak sempat tunggu dah...



Hari saya shoot tu, dari pagi dah bermula acara tukar-tukar baju oleh pengantin perempuan, dan juga ada acara berzanji oleh kumpulan wanita yang dibawa khas dari Johor bergabung dengan kumpulan mengaji wanita dari kampung kami. Memang happening orang Johor berzanji siap alat musik tu..huhu. best!

t.kasih untuk hubby yang tolong shoot jugak sikit2 haritu. lenguh jugak rupanya ya!

Apapun, saya sangat enjoy dengan pengalaman pertama ini. Harap ada peluang lagi akan datang.

..................................................................................................................................................................



Saya tak tahu pun jiran belakang rumah (Herny) ni nak nikah masa balik kampung baru ni. Kata dia, tak ada photog pun yang akan shoot gambar nikah dia. Harap gambar dari kamera adik beradik je.

Jadi berbekalkan hati yang cekal dan jiwa yang kental, saya pun macam terer aje lah tembak gambo kawin dia hihihi. *Padahal member baru je 2 hari angkat flash SB600, nak guna cemana pun taktau lagi hahahaa...macam bagos jek. Nak putar kepala flash pun terkial-kial. Takpe, yang penting gaya kena ada. huhu.

Ini antara hasilnya. Nanti kalo rajin kang saya buat lagi collage. Gambo tak berapa bagus sangat. Dah la majlis nikah tu malam. Dalam masjid tu, nak bounce flash ke mana pun taktau...ekeke... banyak gambo gelap, blur dan berbayang-bayang. Saya mak budak yg baru belajar. Sila tunjuk ajar ya hehe. Kalau tak buat langkah pertama ini, manakan datang langkah-langkah seterusnya, kan?

Ini percubaan pertama saya shoot wedding. Sila komen. Saya menerima kritikan.

p/s: thanks apis (ceritacinta.fp) atas beberapa tips berguna wpun jumpa sekejap cuma.


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net