Raudzah's FotoPage

By: Raudzah Arippin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 20-Jun-2007 08:03 Email | Share | | Bookmark
Sayang Sarawak Muaranya Sempit...



masih mood Sarawak.



Monday, 18-Jun-2007 14:16 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Malaysia - Kuching,Sarawak



Baru balik dari Kuching, Sarawak hari Sabtu (malam) lepas. Rasa tak puas berjalan di Kuching. Bandarnya sangat cantik. Mana-mana sudut pun cantik. Bersih pulak tu. Tong sampah pun bersih la pendek kata ekeke..

Saya baru beli dslr Nikon D80. Tapi tak pandai sangat lagi nak setting camana. So bandar Kuching jadi eksperimen pertama. Banyak gambar tak jadi. Tak sharp sangat. Bokeh pun tak menjadi. Tengok gambar yang ambil dgn T9 tu lagi sharp kekadang. Biasa la kan, baru2 kenal, hehe...

Apapun, bersyukurlah dgn rezeki yg ALlah beri ini. Yang di mimpi2 dah ada dalam tangan. Rasa nak lompat-lompat kat kedai tu, "yeyey! dah ada dslr! yeyey!" hahaha. Buat malu laki jek kang. ekeke.. Yang penting sekarang, kena belajar guna DSLR. BERUSAHALAH UDA! CHAIYOK! ekeke

Jadi gambar pasu sarawak (entri sebelum) dan gambar di atas ini hasil eksperimen pertama dgn dslr. Ya ya, gambo tak sharp amat. Cropping saya pun teruk sungguh guna dslr ni. Tak biasa lagi dgn viewfinder. Beri saya masa ya untuk serasi bersama D80 ini.

Lepas ni nanti saya akan nyatakan gambar diambil dgn D80 atau T9. T9 masih di hatiku jua.. hehehe.



Di atas, gambar-gambar di sekitar Pantai Puteri di Kg.Santubong. Pantai ni cantik dan landai. Cuma masa tiba situ, air surut jauh ketengah dan cuaca pun mendung serta hujan renyai.

Dari Kuching drive dalam 40 minit ke Santubong. Pemandangan pun cantik sepanjang jalan. Kata orang situ, dulu ramai yang pergi ke Pantai Damai dekat Damai Beach Resort, Santubong. Tapi sekarang pihak resort dah kenakan bayaran pada orang luar yang nak masuk ke situ semata-mata nak tengok pantai saja. Sabo je la. Kita orang ronda-ronda kampung, jumpa la Pantai Puteri ni.

Ok, to be continued...


Saturday, 16-Jun-2007 00:17 Email | Share | | Bookmark
Pasu Sarawak



Di Sarawak lagi. InsyaAllah malam ini bertolak balik ke semenanjung. Doakan semuanya selamat..barang-barang tak lebih muatan. haha.


Wednesday, 6-Jun-2007 13:48 Email | Share | | Bookmark
Hitam Putih Sephia



Quote:
Lokasi: Klinik Gigi Faridah, Kuantan. Sedang tunggu suami repair gigi


Thursday, 31-May-2007 11:01 Email | Share | | Bookmark
Adik!




Quote:
Petang ni rasa tangan gatal-gatal nak edit gambar. Eheh. Tak ada gambar baru. Gambar ni saja amik suka-suka kat rumah. Melayan anak dara sorang ni yang kalau datang mood dia nak amik gambar bukan main lagi posing maut. Suka sangat pakai goggle pink dia tu. Bangun tido pun nak pakai goggle. Tasneem mood bergambar dia susah skit. Tapi dapat la snap 1-2.

okay, enjoy!


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net